Perjalanan kami bermula dengan sebuah idea kecil

Bagaimana jika kami memulakan sebuah perniagaan yang tidak membebankan bumi?

Pada tahun 2000, pengasas kami, adik-beradik Soo Siew Peng dan Soo Kian Kheng (KK) membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya stabil mereka. Bersama-sama, mereka berkongsi sebuah impian untuk mencipta jenama yang mampan dan berjaya serta mengembangkan perniagaan yang sejajar dengan etika mereka.

Berbekalkan kemahiran mereka, keazaman yang tinggi serta duit permulaan perniagaan yang sederhana, syarikat ini memulakan perniagaan secara rasmi dari dapur Siew Peng! Semua periuk dan kuali yang sebelum ini tidak digunakan dimanfaatkan sepenuhnya oleh KK tatkala beliau mula membina makmal R&D dan bengkel pertama beliau.

Rangkaian sulung telah dilancarkan dengan hanya tiga produk: minyak bayi, losyen dan sabun mandi. Permulaan ini adalah pencetus bagi asas jenama Buds Organics yang pada hari ini telah berkembang menjadi koleksi terbesar produk penjagaan bayi organik yang diperakui di dunia.

Bagaimana jika kami mencipta produk yang berfungsi seperti bahan semulajadi?

Detik penentuan muncul apabila anak sulung KK dilahirkan dengan ekzema yang teruk dan kulit sensitif.

Dengan azam untuk mencari penyelesaian bebas steroid, KK meluangkan masa untuk menyelidik ekstrak tumbuhan dan ubat semula jadi. Memanfaatkan sumber yang ada, KK berjaya merumuskan pencuci badan dan losyen khusus untuk keperluan anak perempuannya. Hasilnya amat memberangsangkan, dengan kira-kira 95% pemulihan dalam masa kurang dari 4 minggu. Bagi keluarga kami, ia adalah satu pencapaian yang besar.

Dan bagi syarikat kami, ia merupakan titik penting yang memfokuskan semula usaha kami pada kuasa penyembuhan botani.

baby with bunny
SEBAGAI SEBUAH PERNIAGAAN KELUARGA, PRINSIP PANDUAN KAMI ADALAH:

Apa sahaja yang kami tawarkan kepada dunia

haruslah yang terbaik buat orang yang kami sayangi

clothing line with

Bagaimana jika kami komited terhadap integriti organik?

Sebagai pendatang baru dalam pasaran produk organik yang luas, kami sedar bahawa kami perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan kepercayaan dan kesetiaan pengguna.

Bagaimanakah sebagai pendatang baru membuktikan komitmen kami terhadap produk yang mempunyai sifar bahan kimia berbahaya, berkualiti tertinggi, serta merupakan produk organik bebas kezaliman? Penggunaan perkataan 'organik' sebahagian besarnya tidak dikawal, dan pasaran kini tepu dengan pengilang yang tidak bertanggungjawab yang berselindung di bawah perkataan organik tanpa memenuhi keperluan minimum.

Kami tahu bahawa pensijilan dengan badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah satu-satunya jalan ke hadapan.

Pada tahun 2009, kami menjadi syarikat Malaysia pertama yang mencapai pensijilan ECOCERT, satu piawaian emas di seluruh dunia dalam pensijilan organik bagi amalan mampan.

Walaupun proses itu terbukti sebagai titik pembelajaran yang tajam pada mulanya, ia telah menanamkan integriti ke dalam setiap aspek kerja kami.

kids measuring heigth

18 tahun beroperasi, kami bersyukur dapat berkongsi kejayaan ini dengan rangkaian rakan kongsi, komuniti pelanggan serta generasi akan datang.