Apakah makna  

ECOCERT  

buat kami?

Apakah makna ECOCERT buat kami?

Bagi kami, ECOCERT membawa makna integriti, tunjang kepada nilai korporat dan kekeluargaan kami.

Kami mencari piawaian tertinggi untuk mengiktiraf produk-produk kami dan menjumpai ECOCERT, salah satu organisasi pensijilan organik terbesar di dunia dengan kehadiran di lebih 80 negara. Untuk membolehkan produk diperakui oleh ECOCERT, piawaian pengeluaran yang paling ketat pada setiap peringkat perlulah dipatuhi. Daripada pencarian sumber kepada penyimpanan, pemprosesan, pembungkusan dan penghantaran.

Tiada jalan pintas. Setiap pensijilan adalah unik untuk produk tertentu, dan BUKAN untuk keseluruhan koleksi atau jenama. Ini bermakna setiap produk yang membawa jenama berprestij ECOCERT telah lulus ujian ketatnya yang tersendiri. Dan ia tidak berhenti di situ.

Usaha untuk mengekalkan pensijilan berprestij ini adalah berterusan, dengan audit secara berkala untuk menentukan kelayakan berterusan kami. Itulah sebabnya kami sangat berbangga kerana telah mengekalkan pensijilan kami secara berturut-turut, sejak 2009.

Apa maksudnya untuk anda?

Ketenangan minda

PRODUK YANG DIIKTIRAF ECOCERT DIJAMIN:

Bahan dari sumber semulajadi

Pengeluaran dan pemprosesan patuh alam sekitar serta kesihatan manusia

Tidak mengandungi bahan petrokimia kecuali bahan pengawet yang dibenarkan

Tidak mengandungi GMO

Pembangunan konsep bahan kimia hijau

Mesra biodiversiti

Pembungkusan yang boleh dikitar semula

Bahan-bahan ini tiada dalam produk kami

Steroids

Triclosan

Sodium Lauryl Sulphate (SLS)

Sodium Laureth Sulphate (SLES)

Phenoxyethanol

Formaldehid

Alkohol (etil alkohol / etanol)

Propylene glycol

Paraben

Mineral Oils

Petrokimia PEG

Warna tiruan

Wangian tiruan

Bahan-bahan yang diuji pada haiwan

Bahan sumber dari haiwan

PENGELUARAN

Hormat terhadap alam sekitar dan komuniti adalah penggerak utama dalam pembangunan kimia hijau dan proses pengurusan sisa kami. Semua produk kami terbiodegradasi. Kilang kami mesti diperakui dan mematuhi keperluan ECOCERT. Semua formulasi kami diserahkan kepada ECOCERT untuk kelulusan sebelum pengeluaran bermula. Audit ECOCERT dilakukan dua kali setahun.

PEMBUNGKUSAN

Semua pembungkusan kami diperbuat daripada bahan bebas toksik dan alergen. Plastik yang digunakan boleh dikitar semula. Kebanyakan produk kami tidak menggunakan kotak untuk meminimumkan pembaziran. Brosur kami dicetak di atas kertas yang diperakui oleh Majlis Forest Stewardship, kertas alternatif mesra bumi kepada kertas kitar semula.

PELABELAN DAN PEMASARAN

Semua maklumat dan tuntutan pada label dan bahan pemasaran kami mesti diluluskan oleh ECOCERT.

KESELAMATAN DINILAI DI UK

KESELAMATAN DINILAI DI UK Produk Buds Organics juga melalui penilaian keselamatan mengikut piawaian EU. Pemeriksaan ketat ini mengaudit ramuan dan formulasi kami untuk memastikan ia selamat untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak. Produk kami juga dinilai untuk memastikan setiap tuntutan yang dibuat pada label kami adalah benar.

DISAHKAN NPRA GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP)

Piawaian GMP memerlukan kebersihan dan kebolehkesanan bahan, peralatan, proses pembuatan dan premis kami. Pemeriksaan ketat oleh Bahagian Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia dilakukan untuk memastikan produk kami selamat, berkesan dan berkualiti tinggi.

DIJAMIN HALAL

Sebagai jaminan tambahan kepada pengguna Muslim kami, produk Buds Organics telah disahkan sejak 2021.